Rabu, 17 Mac 2010

Cerita- cerita rakyat:

Asal usul nama tempat:

Asal usul nama Telok Medan ( Negeri Perak Daerah Kerian)

Tersebutlah kisah zaman dahulu kala sebelum kemerdekaan nama telok medan tidaklah ada. Yang ada cumalah kawasan yang penuh dengan belukar, semak-samun dan kawasan yang bertelok-telok. Kawasan yang bertelok-telok ini adalah aliran sungai- sungai kecil yang menghala ke dalam kawasan tertentu. Punca aliran sungai pula adalah daripada Sungai Gedung. Ketika itu tanah melayu tidaklah ada penduduk asal kecuali orang-orang asli. Bangsa India dan bangsa cina ketika itu tidaklah pula datang. Inikan pula kuasa imperialisme seperti British, Belanda, Sepanyol, dan Amerika Syarikat. Alkisahnya asal nama Telok Medan ini adalah berpunca daripada kedatangan orang- orang Indonesia yang datang merantau sebelah asia kerana berlaku gelombang perpidahan. Kenapa ada perkataan telok dan mengapa wujud perkataan medan adalah disebabkan kerana ada penceritaan disebalik nama telok medan iaitu nama tempat ini dan kaitannya dengan kedatangn orang- orang Indonesia dari medan. Kononnya dahulu di tanah melayu ketika itu terlalu banyak telok iaitu aliran- aliran sungai kecil yang menghala ke dalam kawasan perak. Aliran sungai- sungai kecil ini amat memudahkan bangsa Indonesia dari medan datang berhijrah ke tanah melayu pada ketika itu. Kedatangan mereka adalah dengan menggunakan jalan laut. Kapal canggih tidaklah ada. Cuma bangsa Indonesia ketika itu menggunakan kapal layar biasa dengan hanya menggunakan tiupan angin monsun timur laut dan angin monsun barat daya yang merentasi laut cina selatan. Perjalanan ketika itu sangatlah panjang dan diceritakan memakan masa sampai berbulan- bulan lamanya. Jadi, dengan kedatangan orang- orang medan di tanah melayu khususnya di perak telah menjadikan kedatangan mereka itu punca kewujudan tempat yang sekarang ini dinamakan sebagai Telok Medan, Iaitu gabungan nama tempat dari Indonesia iaitu Medan yang di bawa oleh bangsa- bangsanya yang menggunakan aliran sungai yang bertelok di kawasan perak ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan