Rabu, 17 Mac 2010

TEKNIK MONODARAMA ATAU SENANTIKA

Kesusasteraan Melayu: Puan che Zainon binti

1- KONSEP

Teknik monodrama atau senantika adalah teknik lakonan yang dilakonkan oleh seseorang pelakon. Dalam teknik ini juga memerlukan pelakon meghayati watak yang dipilih ( dari teks yang dikaji). Bagi pelakon yang menggunakan teknik monodrama ini perlu sedaya upaya cuba meluahkan rasa hatinya supaya dapat menjelaskan peranan dan tondakan watak dalam karya.
Berpandukan kepada luahan perasaan watak melalui dialoq yang berkesan, peserta dapat menilai perwatakannya dalam perwatakan individi lain. Jesteru , pada kali ini saya telah menggunakan teknik ini iaitu teknik monodarama bagi novel perlumbaan ke dua tingkatan empat zon 4 negeri perak untuk menjelaskan lagi dengan lebih terperinci sikap atau perwatakan sebenar watak utama dalam novel perlumbaan ke dua iaitu watak tuk kura dan watak sampingan yang lain seperti sang arnab putih dan lain-lain. Dengan ini pelakon
( pelajar ) akan cuba menghayati perwatakan sebenar Tuk Kura dan watak- watak yang lain untuk dilakonkan semula dihadapan kelas dengan menggunakan dialoq yang telah di bina bersama-sama dengan intonasi yang betul dan mimik muka yang bersesuaian.

2- LANGKAH
Terdapat beberapa langkah untuk menjalankan teknik monodrama ini. Pertamanya ialah guru harus memilih dua orang pelajar untuk melokonkan watak tuk kura dan sang arnab. Pelajar di kehendaki menghayati monolog yang disediakan dan dilafazkan dengan nada yang sesuai mengikut wataknya. Pekin juga diminta beraksi melakonkan watak yang diberikan dengan penuh penghayatan dengan mimik muka yang yang berkesan. Pelajar boleh bergerak menggunakan ruang lakon yang disediakan berdasarkan kesesuaian babak cerita dan watak yang dikehendaki. Pelajar yang tidak berlakon ( penonton) di beri tugasan untuk mentafsir dan mencatat sifat – sifat watak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan