Rabu, 17 Mac 2010

Nama: Noor Hashimah Binti Abdul Wahid
i/c: 830223-08-5754
Kumpulan: KDPM SABK SM (A) NOVEMBER 2007

Improvisasi:

Difinisi:

Difinisi improvisasi ialah lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi sebenar dalam kehidupan seharian. Aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan kecil, iaitu antara dua hingga lima orang sahaja. Pelajar diberikan masa yang pendek, iaitu antara 10-15 minit untuk berfikir dan menyusun dialoq untuk dilahirkan secara spontan.

Fungsi improvisasi:

1- Pelajar dapat menghayati sesuatu cerita dan melakonkan nya dengan kreativiti sendiri serta dapat memperlihatkan pemikiran kreatif dan kritis.
2- Lakonan secara spontan dalam yang kecil yang mengisahkan kejadian keadaan atau situasi kehidupan seharian
3- Aksi dan dialoq di bina sendiri oleh pelajar sebagai pelakon dengan memcipta idea baru berdasarkan idea yang ada melalui kreativiti pelajar.
4- Pelajar perlu sigeminsi dan kreativiti yang tinggi.




Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

Pelajar diminta berbincang tentang satu gambaran yang paling sesuai/ tepat bagi mejelaskan peristiwa dalam babak yang dibaca.
Pelajar diminta memilih seorang ketua kumpulan untuk memberi penjelasan tetang senario yang dipilih
Semasa pembentangan , pelajar diminta melakonkan aksi kaku bagi menggambarkan senario tersebut
Seorang pelajar akan melakonkan atau memainkan peranan satu watak yang terdapat dalam senario yang dilakukan.
Sebagai contoh dalam buku sastera tingkatan 5 jilit A cerpen yang bertajuk Mereka Tidak Mengerti karya keris Mas. Kumpulan 1 diminta menjelaskan tentang bahagian permulaan atau ekposisi. Mereka mungkin memilih senario ketika Amat sebagai pemandu menjemput menteri di lapangan terbang.
Dalam kereta, amat dan menteri bercakap sepatah dua kata perkara- perkara yang penting sahaja.
Semasa menjelaskan tentang senario tersebut, ketua kumpulan perlu menerangkan peranan setiap ahli kumpulannya dan mengapakah mereka kelihatan seperti yang digambarkan
Setiap pelakon mesti membekukan dirinya seperti patung lilin di muzium, sehinggalah ketua kumpulan selesai menjelaskan senario tersebut.

Contoh:

Ini adalah gambaran peristiwa pertama,iaitu bahagian permulaan atau ekposisi cerpen” Mereka Tidak Mengerti” ini adalah Amat ( merujuk kepada Amat yang sedang menunggu menteri di lapangan terbang) amat merupakan pekerja menteri yang baru sebagai pemandu selepas amat berkhidmat dengan tuan Bill selama hampir 12 tahun. Kini pemuda itu ( Amat ) telah berkhidmat dengan menteri.


Contoh dialoq:


Situasi 1:

Pencerita:

Sekarang Amat sudah menjadi drebar menteri. Apabila kapal terbang itu sudah jejak sahaja ke bumi Amat pun segeralah menuju ke pintu masuk pejabat kastam. Amat meminta izin masuk ke bahagian bilik VIP ( tempat perhentian orang ternama)

Menteri : Terus pulang Amat”
Amat : “ saya tuan”
Menter : Apa khabar di rumah semalam”
Amat : Baik tuan”
Menteri : amat , sudah berapa kali aku katakana, panggil aku encik.”
Amat : “Saya tuan-encik”
Menteri : ada orang datang?”
Amat : Ada , encik”

Pencerita:

Ini adalah gambaran peristiwa pertama,iaitu bahagian permulaan atau ekposisi cerpen” Mereka Tidak Mengerti” ini adalah Amat ( merujuk kepada Amat yang sedang menunggu menteri di lapangan terbang) amat merupakan pekerja menteri yang baru sebagai pemandu selepas amat berkhidmat dengan tuan Bill selama hampir 12 tahun. Kini pemuda itu ( Amat ) telah berkhidmat dengan menteri pula.

Situasi 2

Pencerita:

Tatkala itu fikiran menteri melayang , fikiran menteri beralih-alih kepada orang gaji yang gemuk terus kepada isterinya, kemudian beralih kepada si Amat yang sedang di hadapinya. Hari sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Lagi sejam meeting akan bermula.

Menteri : Aku mahu kereta kecil ya”( teringat isteri….) munkin isterinya membawa kereta kecil itu di petaling jaya sekarang

Amat : Puan menggunakan kereta kecil encik”

Menteri : Ya, aku baru teringat” teruskan ke pejabat. Meeting akan bermula sejam dari sekarang”

Amat : baik encik”


Pencerita:

Ini adalah gambaran peristiwa kedua,iaitu bahagian perkembangan atau ekposisi cerpen” mereka tidak mengerti” ini adalah amat ( merujuk kepada amat yang sedang membawa menteri ke pejabat tempat menteri bertugas. Amat merupakan pekerja menteri yang baru sebagai pemandu selepas amat berkhidmat dengan tuan Bill.


Situasi 3

Pencerita:

Fail mula masuk dalam bilik Bill satu persatu. Kasim itu mesti di tarik ke kementerian ini , dia tidak boleh di biarkan di luar. Nanti lekas melompat dan banyak pengalamannya. Sudah tentu dia akan menjadi kepala besar. Bob sudah pula setuju kalau dia dilantik menjadi pegawai projek tersebut.

Bill : “Hello, O.A? lihat kalau-kalau ada yang belum sedia”.

Pencerita:

Ini adalah gambaran peristiwa ke tiga iaitu bahagian perkembangan atau ekposisi cerpen” Mereka Tidak Mengerti” ini adalah Bill ( merujuk kepada Bill yang bercakap melalui talifon meminta adakah menteri – menteri sudah datang berkumpul untuk meeting..

Situasi 4

Pencerita:

Bill kebingungan. Tetapi cemas dan terkejut lebih daripada kebingungan. Dia tidak pernah mengalami keadaan seperti ini. Menteri sudah tahu akan ada meeting. Masanya hanya akan tinggal 5 minit sahaja lagi. Dalam saat seperti ini biasanya menteri memanggil dia untuk menerima penyata-paenyata atau bertanyakan sesuatu. Sekarang menteri tidak mahu menerima dia. Lalu bertanya….

Bill : “Ada orang berjumpa beliau di dalam?”

Kasim: “Ada”

Bill : Siapa?”

Kasim: Yang berhormat anggota majlis undangan dari Pantai”

Bill : “Haihhh….” ( hiba dan rasa bersalah)

Pencerita:

Ini adalah gambaran peristiwa ke empat iaitu bahagian konfIik atau ekposisi cerpen” Mereka Tidak Mengerti” ini adalah Bill ( merujuk kepada Bill yang bimbang dan gelisah.

Situasi 5

Pencerita:

Bill kelihatan serba salah. Mukanya berubah. Dahi yang lebar itu berkerut hingga kaki rambutnya yang rata dengan kulit itu turut bergerak. Matanya bertambah jauh masuk ke dalam batang hidung yang bengkok Nampak benar bengkoknya.

Bill : “Bila YB. Itu membuat appointment.”
Situasaha sulit : Pagi tadi , dengan talifon”
Bill : Menteri menerimanya?’
Situasaha sulit : Ya..”

Pencerita:

Ini adalah gambaran peristiwa ke lima iaitu bahagian kemuncak klimaks atau ekposisi cerpen” Mereka Tidak Mengerti” ini adalah Bill ( merujuk kepada Bill yang mula tidak mengerti dengan sikap orang melayu yang begitu prajudis dengan bangsa asing.

Situasi 6

Pencerita:

Tiba-tiba kedengaran pada telinganya suara yang sudah biasa didengarnya dahulu.

Bill: Amat , awak buat apa disini?
Amat: Duduk-duduk sahaja tuan. Tunggu kereta menteri
Bil: Menteri sudah datang?
Amat: sudah, tuan”
Bill: Apa macam sekarang, amat. Ada baik? Ada senang?
Amat: Baik juga tuan”
Bill: Kerja ada bagus?
Amat: Bagus tuan.

Pencerita:

Ini adalah gambaran peristiwa ke enam iaitu bahagian perleraian atau ekposisi cerpen” mereka tidak mengerti” ini adalah bill ( merujuk kepada Bill yang berjumpa semula dengan bekas pemandunya.
LAMPIRAN 1

Bahan Bantu Mengajar.

Improvisasi Lakon Kaku( Muzium Lilin)

Kad arahan dan kad situasi, kertas sebak dan pen, maker dan borang pengurusan grafik rajah plot.

Langkah pengajaran dan pembelajaran

Guru bersoal jawab dengan pelajar tentang pemikiran dan persoalan cerpen “Mereka Tidak Mengerti”.
Guru membahagikan pelajar kepada 6 kumpulan.
Guru memberikan penerangan aktiviti improvisasi lakon kaku yang dijalankan. Guru juga mengadakan demonstrasi satu senario dalam cerpen “ mereka tidak mengerti” yang di pelajari dalam sastera tingkatan 5
Setiap kumpulan diarahkan meneliti urutan peristiwa( mengikut babak yang telah ditetapkan) mereka diberi satu kad arahan dan kad situasi untuk dibincangkan selama 10 minit
Setiap kumpulan di minta membuat persembahan. Ketika itu pelajar yang menonton di minta mengisikan rajah binaan plot cerpen yang diedarkan oleh guru.
Guru melekatkan borang grafik yang telah dilengkapkan dan membuat rumusan tentang teknik plot drama “Mereka tidak mengerti” dengan bimbingan guru dan menulis rumusan ringkas dalam buku latihan masing-masing.
Guru membincangkan tentang kosa kata sukar yang terdapat dalam skrip seperti sir, perawakannya ,meeting, expatriate. Pelajar diminta memberikan maksud mengikut konteks dan cari makna sinonim serta antonim bagi perkataan yang dipilih berdasarkan skrip cerpen yang di bincangkan nanti.
Pelajar dibimbing oleh guru membicarakan teknik plot cerpen MTM. Mereka diminta membuat rumusan dan menulis rumusan tersebut dalam buku latihan
Guru dan pelajar membincangkan tentang nilai murni yang diperolehi daripada cerpen tersebut. Kemudian guru dan pelajar menyanyikan lagu : Negaraku”






















LAMPIRAN 2



KAD ARAHAN PLOT CERPEN “MEREKA TIDAK MENGERTI”



Kumpulan 1

Baca petikan “ mereka tidak mengerti” hlm 26-30: perkataan .. biasanya menteri..
Baca skrip cerpen “MTM” (bacalah dalam bahasamu jilit A) Dengan teliti. Bincangkan apakah peristiwa penting dalam babak pengenalan ini. Ahli kumpulan anda di kehendaki meranka satu gambaran yang menjelaskan tentang peristiwa tersebut. Pilih beberapa orang ali kumpulan untuk meminkan peranan mengikut watak yang digambarkan dalam senario tersebut. Lakonkan senario itu secara improvisasi lakon kaku. Pilih seseorang untuk menjelaskan ketua untuk menjelaskan keseluruhan bahagian ini kepada rakan-rakan lain di hadapan kelas anda.


Kumpulan 2
Baca skrip drama MTM( halaman 32: perkataan..fikirannya beralih-alih. Bincangkan apakah peristiwa dalam babak pertengahan ini. Ahli kumpulan anda di kehendaki merangka satu gambaran yang menjelaskan tentang peristiwa tersebut. Pilih beberapa ahli kumpulan untuk meminkan peranan yang di gambarkan dalam senario tersebut. Lakonkan senario itu secara improvisasi lakon kaku. Pilih seorang ketua kelas untuk menjelaskan keseluruhan bahagian ini kepada rakan-rakan yang lain dihadapan kelas anda




Kumpulan 3

Baca petikan “ mereka tidak mengerti” hlm 34: perkataan…. hello
Bincangkan apakah peristiwa pentingdalam babak pertengahan dalam konflik ini . ahli kumpulan anda di kehendaki merangka satu gambaran menjelaskan peristiwa tersebut. Pilih beberapa ahli kumpulan untuk meminkan peranan yang di gambarkan dalam senario tersebut. Lakonkan senario itu secara improvisasi lakon kaku. Pilih seorang ketua kelas untuk menjelaskan keseluruhan bahagian ini kepada rakan-rakan yang lain dihadapan kelas anda




Kumpulan 4

Baca petikan “ mereka tidak mengerti” hlm 34-35: perkataan..bill kebingungan
Bincangkan apakah peristiwa penting dalam bahagian pertengahan dan konflik ini. Ahli kumpulan anda di kehendaki merangka satu gambaran menjelaskan peristiwa tersebut. Pilih beberapa ahli kumpulan untuk meminkan peranan yang di gambarkan dalam senario tersebut. Lakonkan senario itu secara improvisasi lakon kaku. Pilih seorang ketua kelas untuk menjelaskan keseluruhan bahagian ini kepada rakan-rakan yang lain dihadapan kelas anda




Kumpulan 5
Baca petikan “ mereka tidak mengerti” hlm 35: perkataan sekarang menteri….
Bincangkan apakah peristiwa penting dalam bahagian klimaks. Ahli kumpulan anda di kehendaki merangka satu gambaran menjelaskan peristiwa tersebut. Pilih beberapa ahli kumpulan untuk meminkan peranan yang di gambarkan dalam senario tersebut. Lakonkan senario itu secara improvisasi lakon kaku. Pilih seorang ketua kelas untuk menjelaskan keseluruhan bahagian ini kepada rakan-rakan yang lain dihadapan kelas anda



Kumpulan 6
Baca petikan “ mereka tidak mengerti” hlm 40: perkataan “ bagus tuan…… hlm 42:seperti pegawai kastam pagi tadi. Bincangkan apakah peristiwa penting dalam bahagian peleraian. Ahli kumpulan anda di kehendaki merangka satu gambaran menjelaskan peristiwa tersebut. Pilih beberapa ahli kumpulan untuk meminkan peranan yang di gambarkan dalam senario tersebut. Lakonkan senario itu secara improvisasi lakon kaku. Pilih seorang ketua kelas untuk menjelaskan keseluruhan bahagian ini kepada rakan-rakan yang lain dihadapan kelas anda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan